Pages

Saturday, April 3, 2010

Produk Muslim Az-Zain


Aku nak berkongsi sedikit info ttg produk makanan muslim sbg alternatif utk kita semua. Pusat barangan mukmin Az-Zain yang diasaskan oleh Dr. Mohd Zainol bin Ahmad Haja (pengasas ayam organik) telah dibuka di Nilai, berhampiran USIM dan taman perumahan Acacia.

Jadi kepada sesiapa yang tinggal sekitar Sepang dan Nilai bolehlah membeli produk2 makanan muslim yang HALAL & TOYYIBAH di sini. Sebenarnya kedai Az-Zain sudah mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia termasuk di Shah Alam, Bangi dan USJ 9. Untuk mengetahui lebih lanjut layari http://www.azzain.com/.

Antara produk yang dijual di sini ialah ayam organik, meatball, chicken ball, frozen food dan pelbagai barangan keperluan lain.

Sudah sampai masanya kita bertukar kepada produk muslim yang diyakini bersih serta halal sebab sekarang dah terlalu banyak syarikat2 bukan muslim yg menggunakan nama muslim bagi mengaburi mata orang muslim.

Letak je nama muslim, tampal logo HALAL, produk mesti meletup. Mudah sangat kita kena tipu!

No comments: